PAS Will Return To BN in June

30 04 2009

By Kickdefella

Perdana Menteri baru ada “task force” (jawatankuasa bertindak) untuk meneruskan perbincangan tentang penyatuan Melayu ni dengan PAS – Wrote Reme from Temasik.

Original Posting

PAS will join Barisan Nasional in June 2009. After it’s pact with other opposition parties had created history, PAS is ready to undress its opposition uniform once again.

Scary? Maybe. Betrayed? Yes.

I received an sms from a buddy in Singapore that later lead me to double-check his query with another buddy in KL.

I was told “everything is on track bro”.

But why June? Perhaps PAS members know better.

Meanwhile I found this piece from Malaysia Kini,

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan dengan pemimpin Umno berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.           Menurutnya, hasrat untuk membincangkan cadangan tersebut adalah dengan kepimpinan dahulu iaitu sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan kononnya beliau menarik balik cadangan itu bagi menjaga kepentingannya dalam mempertahan jawatan Presiden parti yang mungkin dicabar dalam muktamar agung parti Jun depan.

“Cadangan ini (kerajaan perpaduan) semasa Abdullah, tetapi sekarang (Umno) di bawah pimpinan baru (Datuk Seri Najib). 

“Pada masa itu, pada dasarnya saya setuju, tapi sekarang lainlah ceritanya apabila Umno di bawah kepimpinan baru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-52 PAS kawasan Bachok, hari ini, lapor Bernama.

 

 

 

 

And I counter check with Harakahdaily and found this interview with Haji Hadi by Khairul Azlam Mohamad,

Question: Tapi Dato’ Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

 

Answer: Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini ‘unity’ biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa ‘Unity Government’. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul. 

Will PAS members understand it by June?

Nevertheless, it will certainly be in June.


Tindakan

Information

2 responses

1 05 2009
faizal

Ulama PAS dibidas kerana tidak faham konsep sebenar kepimpinan ulama

RANTAU PANJANG: Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap.

Kepimpinan ulama yang sebenarnya ialah kombinasi antara kalangan ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti, katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS diberi kepada golongan ulama bagi memastikan kesinambungan masa depan parti.

Beliau berpendapat saranan Mohamad itu tidak berbangkit kerana kombinasi antara dua golongan itu penting jika PAS mahu terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa.

Sehubungan itu beliau mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda PAS pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam.

“Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli PAS mahu PAS hanya dimonopoli oleh golongan ulama,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam Mohamad dilaporkan berkata, kepimpinan tertinggi PAS perlu diterajui golongan ulama.

“Orang nombor satu (presiden) dan nombor dua (timbalan presiden) mesti ulama.

“Sebab kalau orang nombor satu ada tugasan lain, seperti cuti, sakit dan sebagainya, tugasnya mesti diambil oleh orang nombor dua,” kata Mohamad. BERNAMA

1 05 2009
faizal

merujuk kepada artikel diatas..

saya merasa slogan kepimpinan Ulama sewajarnya digantikan dengan kepimpinan Islam. Ia lebih sesuai dengan imej dan konsep “PAS untuk semua”. Slogan kepimpinan Ulama seolah-olahnya menggambarkan PAS ini dimiliki oleh komuniti Ulama semata2 (terutamanya bagi golongan2 yang masih tidak faham erti sebenar konsep kepimpinan ulama’ sepertimana yang diperkatakan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun… wallahualam..

Tinggalkan komen