PAS ‘tolak ansur’, mahu benarkan calon bukan Islam guna lambang Bulan

27 04 2009

PAS mengambil satu lagi langkah ‘bertolak ansur’ dengan mahu membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu ketika pilihan raya dalam usaha menarik lebih ramai penyokong bukan Islam.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub berkata, cadangan membolehkan calon-calon bukan Islam untuk menggunakan lambang parti itu akan diputuskan secara muktamad oleh Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat selepas Muktamar tahunan parti bulan Jun ini.

“Perkara itu (cadangan untuk membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang PAS) telah dibincangkan secara serius dalam mesyuarat bulan Jawatankuasa PAS pusat bulanan minggu lalu.

“Kami (Dewan Pemuda PAS pusat) menyokong penuh keputusan yang telah diputuskan oleh jawatankuasa pusat,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Majlis Syura mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan itu.

Majlis Syura Ulamak PAS dianggotai oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Din dan Abdul Ghani Shamsuddin.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, dalam mesyuarat jawatankuasa pusat itu hampir kesemua sayap parti itu bersepakat untuk bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan itu.

“Ahli-ahli parti juga tidak ada masalah berbangkit dalam hal ini. Mereka memberi sambutan yang hangat terhadap isu ini.

“Mungkin ini masa yang sesuai untuk pucuk pimpinan menimbangkan dengan lebih mendalam mengenainya,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu, buat pertama kalinya PAS membenarkan calon bukan Islam daripada Parti Keadilan Rakyat bertanding di kawasan kerusi ‘milik’ PAS iaitu bahagian Dewan Undangan Negeri Seri Medan, Johor.

Bagaimanapun calon tersebut, Saja @ Mearaj Patani tewas kepada Ahmad Zahri Jamil dari BN dan Umno.

Ditanya adakah perkara tersebut akan mengubah perlembagaan PAS sekali gus membuka keahlian parti itu kepada masyarakat bukan Islam, Salahuddin berkata:”Setakat ini belum ada lagi. Namun kita tidak menolaknya. Kita perlu lihat kepada pendekatan politik semasa.”

“Jika pendekatan itu mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum mungkin ia akan dipertimbangkan,” katanya lagi. – mstar

admin-Terima kasih kerana membawa idea kami





PAS Bukit Bintang Calonkan Nik Aziz Jawatan Presiden

27 04 2009

PAS Bukit Bintang mengejut banyak pihak apabila mencalonkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Presiden parti itu menjelang pemilihan Jun ini. Ini sekaligus telah menimbulkan persepsi kononnya PAS Wilayah menolak kepimpinan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, hingga mencetuskan kontroversi dan perbahasan banyak di dada media baru internet.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang yang baru, ketika dihubungi sebentar tadi, Sdra. Radhi Hashim, mengesahkan PAS Kawasan telah mengadakan Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Kawasan kali pertama sehari selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan itu pada 19 April lalu.

Pada mesyuarat itu, Tok Guru Nik Abdul Aziz dicalonkan untuk kerusi Presiden sementara Mohamad Sabu dicalonkan sebagai Timbalan Presiden menentang Nasaruddin Mat Isa. Sementara tiga calon Naib Presiden yang dinamakan ialah Dato’ Husam Musa, Dato’ Nik Amar Nik Abdullah dan Hanipa Maiden.

Radhi dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Bukit Bintang yang baru setelah Yang Dipertua asal, Haji Azman Johari dicalon dan menang sebagai Pengerusi Tetap. Ekoran itu, beliau terpilih sebagai Yang Dipertua. Sebelum ini, Radhi adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang. – sanggahtoksago.blogspot.com





Husam jadi Timbalan pun sudah bagus

27 04 2009

Walaupun rancangan asal adalah untuk meletakkan YB. Datuk Husam Musa sebagai Presiden nampak agak mustahil kini, namun dengan senarai pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden yang kian banyak, peluang untuk duduk kerusi tertinggi itu cerah.

Pada masa ini Husam menguasai sebahagian besar pencalonan untuk Jawatan Timbalan Presiden di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak. Kini usaha giat ditumpukan bagi memastikan negeri lain seperti Wilayah Persekutuan, Melaka, N.Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perlis menyokong beliau.

Selain itu, peningkatan mendadak YB. Dato’ Seri Nizar dimata ahli pas selepas tragedi rampasan kuasa Perak juga memberikan banyak peluang untuk kumpulan ini melebarkan pengaruhnya.

Nizar bukanlah ahli kumpulan erdogan yang sah, namun kewibawaannya sedikit sebanyak membantu kumpulan ini dan memberikan satu impak yang besar dalam muktamar ini. Oleh itu, kumpulan ini menwarkan beliau untuk kerusi Naib Presiden. Walaupun dianggap muka baru, namun kami yakin dengan keupayaan dan kemampuan beliau.

Sementara itu. Dr. Mujahid pula kini sedang diusahakan bagi mendapat pencalonan untuk merebut kerusi Ketua Pemuda Pas Pusat yang dikosongkan oleh YB Salahuddin. Pada mulanya kumpulan in tidak berminat untuk menguasai Dewan Pemuda. Namun setelah melihat usaha meletakkan Dr. Mujahid untuk bertanding kerusi Naib Presiden agak sukar, maka beliau dilihat lebih kuat untuk menawan Dewan Pemuda.

Pada masa ini Dewan Pemuda juga merupakan kubu kuat kumpulan Pro-Muzakarah. Namun disitu masih ada ruang yang luas memandangkan sokongan kepada calon penganti Ketua Pemuda, Nasaruddin Hassan Tantawi begitu lemah ekoran dari prestasi beliau yang tidak menonjol sebelum ini.

Beliau banyak menghabiskan masa menulis blog dan berbica soal-soal teori berbanding Dr. Mujahid yang turun padang bersama penyokong dan pengundi.

Jadi kami tawarkan calon-calon yang profesional bagi mengantikan kumpulan ulama’ Pas yang lembab dan tidak memahami waqi’ semasa dimana rakyat mahukan pemimpin yang dinamik.





Malaysikini : PAS Wilayah tolak Hadi?

27 04 2009

Oleh Jimadie Shah Othman

Tindakan tujuh PAS kawasan di Wilayah Persekutuan (WP) tidak membuat sebarang pencalonan dalam mesyuarat agung masing-masing bagi tiga jawatan utama – presiden, timbalan  presiden dan naib presiden bagi menghadapi pemilihan parti itu Jun depan – telah menimbul tandatanya.

Terdapat 12 PAS kawasan dalam WP dan sehingga ini lapan kawasan telah mengadakan mesyuarat agung masing-masing.

pakatan ipoh rally 080209 hadi awangHanya PAS kawasan Titiwangsa yang menamakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Ianya juga mencalonkan tiga nama untuk jawatan naib presiden – Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Manakala PAS kawasan Bukit Bintang tidak membuat pencalonan bagi jawatan presiden, tetapi mencadangkan calon untuk jawatan timbalan dan naib presiden.

Kawasan itu mencalonkan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden. Ia turut mencalonkan Datuk Husam Musa mengekal jawatan naib presiden bersama dua muka baru, Mohamed Hanipa
Maiden dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah – kedua-dua ahli jawatankuasa PAS pusat.

Dan kawasan tersebut juga dijangka membuat kejutan kerana difahamkan ia bakal mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat bertanding jawatan presiden.

Ini menguatkan lagi tanggapan bahawa wujudkan penolakan terhadap kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, termasuk di WP, berhubung beberapa tindak tanduk beliau, termasuk cadangan mengadakan kerajaan campuran dengan Umno, yang rata-rata ditolak oleh akar umbi.

Serah pada AJK

Setiausaha Perhubungan Negeri PAS WP, Hedzer Ibrahim memberitahu Malaysiakini, tujuh kawasan yang telah bermesyuarat ialah Bukit Bintang, Cheras, Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Seputeh dan Labuan tetapi kesemuanya ‘keberatan’ menamakan calon untuk jawatan utama tersebut.

Sebaliknya, kesemua kawasan terbabit menyerahkan kepada jawatankuasa masing-masing untuk memutuskan calon-calon terbaik untuk jawatan-jawatan berkenaan.

Perkembangan ini cukup menarik kerana persidangan tahun ini diramal menyaksikan pertembungan lebih sengit dua aliran utama parti itu – pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”) – yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu.

PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama – Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama – bermula awal bulan dan akan berakhir hujung bulan depan.

Tinjauan Malaysiakini di kalangan beberapa pemimpin di Pahang, Selangor, Kelantan dan Kedah mendapati kumpulan pro-muzakarah akan mengharungi jalan sukar sekiranya berlaku pertandingan bagi jawatan tertinggi parti.

Jadi ‘pencetus’

Hedzer berkata, baki lima lagi PAS kawasan di WP – termasuk Putrajaya dan Labuan – dijadual selesai bermesyuarat pada 24 April ini dan kesemua dijangka meneruskan kecenderungan untuk tidak membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan yang sama.

Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, sseorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi “pencetus” kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih “berdiam diri”.

Menurutnya, isu “kerajaan campuran Abdul Hadi” merupakan salah satu sebab menteri besar Kelantan itu, diramal meraih populariti untuk dicalonkan bagi jawatan presiden.

nik azizMenurutnya lagi, hasrat untuk mencalonkan mursyidul am PAS itu juga pertimbangan berdasarkan prestasi tokoh berkenaan.

“Oleh sebab itu, kita tidak mencalonkan (timbalan presiden) Nasharuddin Md Isa (untuk mengekalkan jawatan) kerana dilihat kurang turun berceramah.

“Kami mahu kempimpinan yang tegas. Nik Aziz walaupun lembut, beliau tegas dan tetap pendirian. Mohamad Sabu pula tegas-kasar. Ini adalah gandingan yang mantap,” kata pemimpin berkenaan.





Kumpulan Erdogan berjaya sekat idea Unity Goverment Hadi

27 04 2009

Malaysiakini : Tiada lagi k’jaan campuran PAS-BN
Oleh Abdul Rahim Sabri

PAS mengambil keputusan tidak akan meneruskan perbincangan berhubung cadangan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menubuhkan kerajaan campuran dengan BN.

“Perkara itu (kerajaan perpaduan) dibentang, dibincang dan diputuskan sebulat suara (supaya) tidak akan bincang selepas ini.

“Isu itu (kini) sudah tinggal dalam lipatan sejarah,” kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkifli Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lepas, yang turut dihadiri Abdul Hadi, dua naib presidennya Datuk Husam Musa dan Ahmad Awang dan lebih 10 ahli jawatankuasa.

Dzulkifli, juga ahli parlimen Kuala Selangor, berkata keputusan itu dibuat selepas Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri keenam.

Dalam mesyuarat yang sama, PAS juga mengambil keputusan untuk tetap dengan keputusan muktamar tahun lalu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Ahmad pula berkata agenda kerajaan perpaduan telah dibangkitkan oleh Abdul Hadi sendiri ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Sebaliknya, tambahnya yang juga pesuruhjaya PAS Perak, tidak ada perbincangan khusus berhubung agenda tersebut dalam mesyuarat itu.

Katanya, cadangan presiden kini “hanya tinggal sebagai lontaran idea dan menjadi lipatan sejarah”.

Manakala seorang lagi ahli jawatankuasanya Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu kerajaan perpaduan tidak dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat tersebut.

“Tidak buat keputusan rasmi … ia tidak timbul (lagi) selepas kepimpinan negara bertukar daripada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada Najib,” katanya.





Misi, Visi & Strategi Kami

27 04 2009

Misi

  • Menjadikan Pas Sebagai Parti Terkuat Menyokong Anwar Ibrahim

Visi

  • Menjadikan Pas Sebuah Parti Yang Merdeka Dari Pemikiran Kepimpinan Ulama’ Yang Jumud.
  • Mengangkat Kepimpinan Pas Ke arah Yang Lebih Profesional bukannya bergantung kepada kepimpinan Ulama lagi.

 

Strategi

  • Melobi disemua Kawasan untuk menjadi Perasmi Mesyuarat & seterusnya memperkenalkan calon-calon Kumpulan Erdogan-Pas.
  • Mewujudkan Pasukan Briged Disemua Parlimen Yang Dimenangi oleh Ahli Erdogan sebagai alternatif kepada organisasi Parti seperti Unit Amal.
  • Mewujudkan rangkaian Media seperti WebTv Antara, Akhbar Wasilah.
  • Menguasai Pengarang Media Utama Dalam Harakah, Siasah, Malaysiakini dan Suara Keadilan bagi memastikan liputan media ditumpukan pada pimpinan Erdogan.
  • Bekerjasama dengan Blogger seperti Sheikh Kickdefella, Al-Husseyn, Edyesdotcom dan sebagainya.




Senarai Kabinet Bayangan Pimpinan Reformasi Pas Untuk Muktamar 2009

27 04 2009

Mursyidul Am (Luar Parti) :YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden : YB Dato Haji Husam Musa
Tim. Presiden :YB. Datuk Kamaruddin Jaafar
Naib Presiden 1 : YB. Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Naib Presiden 2 : YB. Dr Syed Azman Syed Syed Nawawi
Naib Presiden 3 : YB. Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali
Setiausaha Agung :YB. Dr. Zulkifli bin Ahmad
Bendahari : YB Dr. Hatta Ramli
Ketua Penerangan :YB. Ir. Khalid Samad
Ketua Dewan Ulama’ : Dimansuhkan
Ketua Dewan Pemuda :YB. Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
Ketua Dewan Muslimat : YB. Dr. Mariah Mahmud
AJK:
1. Hanipa Maidin
2. YB. Saari Sungip