Organisasi

Senarai Kabinet Bayangan Pimpinan Reformasi Pas Untuk Muktamar 2009

Mursyidul Am (Luar Parti) :YB. Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden : YB Dato Haji Husam Musa
Tim. Presiden :YB. Datuk Kamaruddin Jaafar
Naib Presiden 1 : YB. Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Naib Presiden 2 : YB. Dr Syed Azman Syed Syed Nawawi
Naib Presiden 3 : YB. Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali
Setiausaha Agung :YB. Dr. Zulkifli bin Ahmad
Bendahari : YB Dr. Hatta Ramli
Ketua Penerangan :YB. Ir. Khalid Samad
Ketua Dewan Ulama’ : Dimansuhkan
Ketua Dewan Pemuda :YB. Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa
Ketua Dewan Muslimat : YB. Dr. Mariah Mahmud
AJK:
1. YB. Ir. Amiruddin Hamzah
2. YB. Saari Sungip
3. Hanipa Maidin

Advertisements

12 responses

28 04 2009
salimqardawi

Kalau betul ini senarainya, mereka seharusnya sedar diri. Mereka terkenal sebab pas bagi ruang.

Siapa jua yang tulis blog ini, sebenarnya telah dedahkan kumpulan ini kepada khalayak. Kini semua sudah tahu. Bagus juga walaupun satu tindakkan yang kurang cerdik tapi bermanfaat untuk ahli nilai

5 05 2009
orangbendul

Hahaha…kreatif la ngko buat benda neh….sikit lagi aku nak percaya(maklumlah bendul)…btw…truskan usaha ngko….moga ALLAH balas yang setimpalnya….

1 05 2009
Namakita

Saya Rasa Cita Cita Anwar Ibrahim ni hanya untuk diri dia sendiri,bukan untuk perjuangan parti.

1 05 2009
Namakita

Kalau ini laa pemimpinnya insyaallah Parti Pas akan berkubur kerana Tuan Guru Nik Aziz Di ketepikan.Kalau Betul Anwar nak jadi Mursyidul Am Suruh la dia masuk Pas,Yg banyak menimbulkan masalah hanyalah PKR,selalu lompat parti,sebab mereka ini kira anak beranak umno yang kena pulau,so dia punya perangai hampir sama jer.Fikirlah tuan-tuan untuk Parti Kita Pas.Jangan sebabkan kera dihutan anak di buaian mati kelaparan.Fikir-Fikirkan lah.Husam dan Sahabat yang lain Saya tidak kisah kerana kita perlu ada pelapis dalam parti tetapi bukan orang yang dari parti lain yang menyibuk dalam parti kita ,seeloknya dia jaga parti dia jangan hanya asyik ada pkr punya ahli parlimen atau dun yang lompat parti lagi.Assalamualaikum ..

1 05 2009
Perjalanan hidup

kalau nama-nama atas kebanyakaan ahli apaa ni jin eh jim lah

2 05 2009
ibnu_shibawi

salimqardawi

aiyaa salimqardawi… benda ni langsung takde nilai, mcm mana nak nilai? harap penyokong PAS luar sana yg tak terlibat dgn kerja-kerja jemaah atau ditabiyah, jgn cepat melatah, ye? teruskan usaha anda menyokong jemaah islam iaitu PAS. ni semua kerja sumbang UMNO je ni. kesian.

2 05 2009
Adfontes

Salam,

Saya tak rasa ada puak erdogan dalam Pas. Puak Erdogan ini sebenarnya adalah momokan untuk memperlihatkan bahawa Pas sedang/sudah berpecah! Pada saya, pimpinan dalam Pas masih mengamalkan konsep wala’ kepada pemimpin tertinggi mereka sendiri.

Saya juga melihat momokan Erdogan ini adalah untuk memecahbelahkan konsep kepimpinan Ulama yang diamalkan selalu.

Saya tidak mahu menunding jari kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim secara pantas. Tetapi saya rasa beliaulah yang sengaja mewujudkan percanggahan ini untuk mendominasi Pas yang sememangnya king maker dalam politik Malaysia.

DSAI adalah ikon syubhat dalam negara yang punyai bermacam skandal dan isu keraguan. Mengikut analogi fiqh, hukum syubhat adalah perkara yang harus ditinggalkan.

Husam Musa, pada saya bukan pendokong Erdogan tetapi masuk dalam kerja-kerja Erdogan sebagai trojan Horse.

Beliau juga, malah menjadi suluhan media alternatif dari suara keadilan, rocket dan Malaysiakini demi sengaja menonjolkan bahawa Husam adalah pendukung Erdogan dalam Pas.

Akhbar Wasilah tidak terbabit dalam kerja-kerja Erdogan. Mereka bergerak sendiri tanpa ada sesiapa pun yang melobi mereka. Dulu memang ia kononnya di bawah Husam tetapi sekarang pemilik permit tersebut (Meli) sudah memberikan hak pengeluaran kepada orang lain.

Saya rasa Erdogan ini diwujudkan oleh puak-puak dalam PKR sendiri. Maaf.
Di Malaysia, ada dua parti sahaja yang kuat iaitu Pas dan Umno. PKR tidak boleh hidup di lorong-lorong kalau tidak ada DSAI. Ini hakikat.

Dulu saya meyakini bahawa DSAI berjaya dalam rancangan 916. Tetapi ada beberapa penganalisis yang beranggapan bahawa ia tidak menjadi kenyataan. Seperti Dato’ Mustafa Ali. Lalu Mustafa Ali dilihat sebagai pendokong Muzakarah(Pas-Umno) demi menghidupkan kembali zaman politiknya. Lalu, Mustafa memberi ancaman bahawa siapakah yang betul samada beliau ataupun Anwar.

Ini menunjukkan bahawa orang dalam Pas sendiri tidak mempercayai DSAI.

Saya tertanya2 betulkah DSAI mendapat dana dari Amerika untuk membawa fahaman Islam Liberal di Malaysia? Dimanakah PKR mendapat dana sebegitu banyak? Pas mengambil masa bertahun-tahun untuk mengumpul duit membeli bangunan baru. Tetapi PKR yang baru setahun jagung sungguh mudah mendapatkan wang. Apa bezanya Pas dan PKR yang diakui mudah mendapatkan infaq dari pendokong2 mereka?

Memang, projek 916 pada asalnya akan berjaya. Tetapi krisis kewangan global memukul Amerika, lalu DSAI tidak ada wang untuk melaksanakan agendanya di Malaysia, betulkah begitu?

Semenjak Pas masuk bawah DSAI, saya melihat Pas seperti katak bawah tempurung, tidak menjuarai isu, terkongkong dengan Anwar. Karpal Singh juga menyedari hakikat ini ekoran mengecam Anwar kerana DAP turut terbungkam sama(baca krisis politik Perak).

Apakah agenda DS Anwar sebenarnya?

Saya juga tertanya-tanya kenapa DSAI tidak mahu masuk Pas ketika dipecat oleh Datuk Seri Mahathir Mohamad dahulu. Adakah kerana dalam Pas ada TG Haji Hadi lalu DS Anwar takut hilang populariti dalam isu-isu keagamaan? Ataupun DSAI tidak boleh menyaingi TG Haji Hadi ketika mengendalikan solat Hajat ataupun membaca khutbah?

Saya mengagak politik DSAI akan berakhir dalam penjara. Maaf. Kes DSAI dalam isu liwat belum disabitkan lagi. Sebab itu sebelum beliau ke penjara, beliau mahu mencipta momentum rakyat pada tahap kemuncak supaya tragedi 98 berulang kembali.

Permainan politik DSAI adalah amat hebat. Susah untuk menghidunya. Walaupun begitu, saya menasihatkan Pas agar berhati-hati menghadapi tokoh yang amat berkaliber ini.

Sekarang, DSAI kelihatan slowdown setelah DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri. DSAI terlalu risau menanti keputusan bulan 7 nanti dalam isu liwat beliau.

Saya menanti dengan penuh teliti tindakan DSAI selepas ini.

4 05 2009
anti-erdogan malaya

woi Husam..lebih baik ngko masuk PKR / UMNO..dalam PAS ni tak sesuai pemimpin macam ngko…

5 05 2009
paduka

relax…..ni umno punya kerja kalau cmni punya cara… munafik ada dimana-mana… yakin dgn kepimpinan ulama..anda syirik jika anda beriman semata-mata yg endorgan menetapkan sgala kemenangan pas.

5 05 2009
paduka

anwar pun dtg dari umno gak..dari mangkuk yg sama…skrang Allah dah buktikan perangai2 pkr dgn Tgok kejadian semsa PROTES, Tgok geng2 Adun Katak lompat dan sbgainya.. tak payah lah nak takabur

12 05 2009
Farid KurmaBam

Orang yang buat ni betul-betul cintakan dunia semata.

29 05 2009
ssz

tergelak dan terus tergelak, sampai begini usaha utk memecahbelahkan PAS… ialah, puak erdogan la konon, tak terpikir ke, org2 dalaman yg arif dgn perjalanan parti boleh singgah di blog ni dan ianya jadi bahan ketawa.

blog rasmi puak erdogan, ada barisan bayangan lagi. lawak aper ni, nak digelakkan terasa bodoh, tanak gelak, mmg kelakar, beriya2 benar… siap ada komen2 yg tak puas hati la konon. mcm betul2 ada respon dari org PAS yg terpengaruh dgn blog ni…

teruskanlah usaha ketinggalan zaman ni… aku nak kongsi blog ni dgn member2 PAS yg lain, tgk apa kata mereka2 ni… rasa2nya mmg kena gelak jer lah…

never know what is the real strength of PAS, is it?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: