Nik Aziz Pro-Erdogan, Nik Abduh Pro-Muzakarah

28 04 2009

Nampak kontradik pemikiran antara dua beranak ini. Dalam menelaah isu Unity Goverment, Nik Abduh cuba mempengaruhi Tok Guru untuk percaya kepada agenda memasukkan Pas ke dalam Umno.

Annual Bakri dan teman-teman lain yang lebih arif soal politik telah menjelaskan pada tok guru tentang idea Unity Goverment ini. Pas perlu berhati-hati terutamanya dalam menjaga hubungan dalam Pakatan.

Jangan disebabkan terlalu tamakkan kuasa, kita kena bekerjasama dengan Umno. Ramai ahli tak setuju. Kena sedar ini. Ahli masih mahu Pas dalam Pakatan.

Nik Abduh dinasihat jangan buat kenyataan. Kalau betul Tok Guru terima Unity Goverment, biar dia yang keluarkan kenyataan sendiri. Setakat ini Tok Guru masih bersama kami dalam menolak Unity Goverment. Sebab itulah beliau enggan komen apa-apa lagi lepas jumpa Hadi hari tu.

Hanya Nik Abduh sahaja yang cuba gunakan kedudukan beliau sebagai anak Tok Guru untuk pengaruhi ahli dengan keluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat Tok Guru.

Beliau patut hormat pada Tok Guru dan tidak keluarkan kenyataan yang memeningkan kepala ahli. Ini akan kusutkan keadaan. Kami tahu beliau rapat dengan Ust. Nasaruddin Tantawi, calon Ketua Pemuda Pusat yang juga orang yang Pro-Muzakarah.

Namun itu bukanlah caranya. Majoriti ahli kini tolak kumpulan Pro-Muzakarah. Beliau patut berguru dengan Tok Guru balik dan bersama kami perjuangkan masa depan Pas yang lebih maju berbanding sekarang. Jika tidak, baik diam sahaja.

Advertisements

Tindakan

Information

6 responses

28 04 2009
abuya

salam,

blah la…aku tak percaya pimpinan PAS sebegini rupa. sampai sanggup bergaduh & hentam menghentam secara terbuka. aku yakin blog ini bukan mewakili pimpinan pas sama ada yg pro pakatan rakyat mahupun pro kerajaan pepaduan. ini adalah keje puak2 jahat umno untuk melihat berlakunya pergolakan besar-besaran dalam PAS. aku sokong kepimpinan TGNA & TGHH. calon kepimpinan PAS aku :

PRESIDEN : TUAN GURU HJ HADI AWANG
TIMB. PRESIDEN : MOHD SABU / HUSAM / TUAN IBRAHIM TUAN MAN
NAIB PRES : MOHD SABU / HUSAM / SALAHUDDIN AYOB / IR NIZAR / TUAN IBRAHIM /

1 05 2009
antidap

SESAPA JELAH PUAK YG BUAT BLOG NI MEMANG GOLONGAN MUNAFIK

1 05 2009
aicik

Aku setuju tapi aku tak setuju ‘idea’ ‘mi celup’ Nik Abduh. Jangan kita hina orang lain yang pada pandangan kita ngaji tak tinggi. Siapa dia Nik Abduh?. Dia cuma anak kepada TGNA. Itu saja. Apa kelebehan dia?. Sebab dia anak TGNA. Itu saja. Kalau orang lain ‘mi celup’ dia ‘mi’ apa?. ‘Mi Maggi’?. 2 minit rendam boleh makan dah…dia orang kenal pun sebab dia anak TGNA. Kalau tak belum tentu dia duduk dlm saf kepimpinan pemuda. Minta maaf la, aku tak kenal dia pun tapi pada aku dia biadap. Dia telah menghina ayahandanya sendiri secara tidak lansung. Rakyat menghormati ayahanda dia tapi dia seperti tidak restui rasa hormat yang di berikan rakyat kepada ayahanda dia. Jauhilah sifat bongkak dan takbur wahai Nik Abuh

2 05 2009
fifi

ini strategi umno jangan terpedaya

8 05 2009
tahir

web ini web gila babi

31 05 2009
kampungkami

bodoh punya tulisan langsung tak hormat pimpinan… ko ingat ko tu sapa… sampai panggil presiden hadi saja……

Aku teringin sangat nal tengok Yb Husam Musa kalah….

Kepimpinan Pilihan :

Calon Presiden : Dato’ Seri TG HJ Hadi Awang
Tim. Presiden : Ust Nasharuddin Md Isa
Naib Presiden : YB Salehuddin Ayub, Datuk Dr. Hassan Ali & Datuk Tn
Ibrahim Tn. Man

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: