Husam sedia tawar diri tanding jawatan Timbalan Presiden PAS

30 04 2009

KOTA BAHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tidak menolak kemungkinan menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan pada muktamar agung parti Jun ini.

Katanya, beliau akan membuat kajian dan pertimbangan daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan muktamad berhubung kemungkinan itu.

Antara faktor yang akan diambil kira dalam pertimbangan itu ialah harapan ahli yang memerlukan beliau berbuat demikian, sebab-sebab kewajaran beliau perlu bertanding jawatan itu dan arah tuju masa depan PAS terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Faktor-faktor ini perlu saya diambil kira sebelum saya buat keputusan muktamad berhubung pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang membuat pakaian Nur Abadi Garments Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pencalonan yang diterimanya bagi bertanding, Husam berkata, beliau belum menerima maklumat mengenai pencalonan itu.

“Sebagaimana lazimnya, saya tidak suka menonjolkan diri untuk bertanding mana-mana jawatan dalam parti kecuali parti yang memerlukan saya berbuat demikian,” katanya.

Oleh itu, beliau menegaskan, segala tindakannya bergantung kepada kepentingan parti yang mengatasi kepentingan diri sendiri.

“Saya percaya kualiti mulia yang diamalkan ahli PAS masih kekal dalam isu pemilihan pucuk pimpinan parti,” katanya.BERNAMA

Advertisements

Tindakan

Information

2 responses

30 04 2009
Anak Ayahnya

kasihan blog ini, tiada yang berminat..setelah gagal dengan antihusam.blogspot, kembali semula dengan erdoganmalaya.

sudah la wei. tak laku dah

1 05 2009
antidap

TENGOK MUKA HUSAM NI PUN AKU MENYAMPAH. GILA JAWATAN GAMAKNYA. MUKA PUN TAK DE CAHAYA. PI DUK SEBELAH TOK GURU. BEZA MUKA KAU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: