Nik Aziz Pro-Erdogan, Nik Abduh Pro-Muzakarah

28 04 2009

Nampak kontradik pemikiran antara dua beranak ini. Dalam menelaah isu Unity Goverment, Nik Abduh cuba mempengaruhi Tok Guru untuk percaya kepada agenda memasukkan Pas ke dalam Umno.

Annual Bakri dan teman-teman lain yang lebih arif soal politik telah menjelaskan pada tok guru tentang idea Unity Goverment ini. Pas perlu berhati-hati terutamanya dalam menjaga hubungan dalam Pakatan.

Jangan disebabkan terlalu tamakkan kuasa, kita kena bekerjasama dengan Umno. Ramai ahli tak setuju. Kena sedar ini. Ahli masih mahu Pas dalam Pakatan.

Nik Abduh dinasihat jangan buat kenyataan. Kalau betul Tok Guru terima Unity Goverment, biar dia yang keluarkan kenyataan sendiri. Setakat ini Tok Guru masih bersama kami dalam menolak Unity Goverment. Sebab itulah beliau enggan komen apa-apa lagi lepas jumpa Hadi hari tu.

Hanya Nik Abduh sahaja yang cuba gunakan kedudukan beliau sebagai anak Tok Guru untuk pengaruhi ahli dengan keluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat Tok Guru.

Beliau patut hormat pada Tok Guru dan tidak keluarkan kenyataan yang memeningkan kepala ahli. Ini akan kusutkan keadaan. Kami tahu beliau rapat dengan Ust. Nasaruddin Tantawi, calon Ketua Pemuda Pusat yang juga orang yang Pro-Muzakarah.

Namun itu bukanlah caranya. Majoriti ahli kini tolak kumpulan Pro-Muzakarah. Beliau patut berguru dengan Tok Guru balik dan bersama kami perjuangkan masa depan Pas yang lebih maju berbanding sekarang. Jika tidak, baik diam sahaja.





Husam bagi duit RM 10 ribu untuk rasmi mesyuarat Pas Kawasan

28 04 2009

Tak terkejut pun bila ada orang yang kata Dato’ Husam bagi RM 10 ribu masa rasmi mesyuarat Agung kawasan. Biasalah tu bagi duit sumbangan pada kawasan. Salahkah kalau Husam bagi duit.

Soal pilih dia jadi Presiden atau Timbalan tidak ada kena mengena dengan duit itu. Pilihan ditangan perwakilan dan ahli mesyuarat. Selama ini beliau cari duit dan bagi sumbangan untuk bantu jentera pilihanraya Pas kawasan-kawasan tiada orang persoal pun.

Sumber kewangan Husam banyak. Dari dalam dan luar negeri. Cuma saya pun tak tahu siapa yang bagi, tapi Dr. Hatta kata memang ada sumber-sumber yang sah. Nak tahu lebih lanjut, pi la tanya Dr. Hatta atau Husam terus. Tanya saya tak guna sebab saya pun tak tahu. setakat dengar-dengar sahaja.

Kalau nak kata itu sebagai duit untuk melobi, tak patutlah. Dah ambik, kata orang macam-macam pula. Kami tahu orang Pas nie susah. Bab duit jer. Kalau saya, diam-diam sudahlah.

Tapi ingatlah, orang berbudi kita berbahasa.





Ulama’ Pas tidak buat kerja, Kumpulan Erdogan yang naikkan imej Pas

28 04 2009

Sewajarnya ahli Pas berterima kasih kepada kewujudan kumpulan erdogan yang selama ini giat menaikkan imej Pas. Jika sebelum ini Pas terkurung di Taman Melewar, kami telah bawa Pas ke pusat ibukota melalui usaha Dr. Hatta yang membeli Bangunan Pas di Jalan Raja Laut.

Ulama’ buat apa? kita semua berdoa, sama macam ulama dalam Dewan Ulama’ tapi kami usaha juga cari duit.

Setiap kali ada isu, kami jawab dulu, Dewan Ulama’ hanya terpinga-pinga. Sewajarkan Ulama’ memimpin bukannya dipimpin. Bila timbul isu Ulama’ vs Profesional, mereka bantah. Hakikatnya itulah yang berlaku kerana Dewan Ulama’ jumud dan enggan memimpin parti ke arah yang lebih jauh.

Pas parti politik dan kita harus menguasai politik. Pas tidak boleh berjaya jika bukan kerana kerjasama dengan Keadilan dan Dap. Lihatlah kini, seluruh rakyat mahu Anwar jadi PM. Kita kena terima hakikat ini, walaupun ahli hendak Hadi jadi PM, tapi dia tak layak.

Rekod di Terengganu cukup menjadi bukti. Tak sampai 5 tahun, Terengganu kembali sujud pada BN. Hadi tak mampu uruskan Terengganu apa lagi negara. Kita tidak boleh sekadar menyebut teori, perlaksanaan itu penting.

Lihatlah apa yang kami buat di Selangor sekarang. Kerjasama dengan Keadilan, buka ruang untuk Pas dalam masyarakat walaupun dari sudut politik kita tenggelam Imej tapi dalam masyarakat rakyat lihat kita. Mereka lihat Pakatan Rakyat.

Pas kena sedar bahawa Pakatalah yang menjadi kekuatan kita sekarang oleh itu, Kami menolak ide Unity Goverment, Muzakarah dan apa sahaja yang ada kaitan dengan Umno.

Pas harus taat pada Pakatan, pada Anwar kalau mahu perintah Malaysia. Jangan berharap pada Umno yang penipu itu!





Nik Abduh tuduh Kumpulan Erdogan Sesat?

28 04 2009

Dakwaan Nik Abduh timbulkan kekeliruan…

Oleh Abdul Rahim Sabri

ahmad awangSeorang naib presiden terkejut dengan dakwaan bahawa pembantu-pembantu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berusaha untuk melaga-lagakan menteri besar Kelantan itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerajaan perpaduan.

Dakwaan tersebut dibuat oleh anak Nik Aziz sendiri – Nik Abduh yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan – dalam blognya Jumaat lalu.

Naib presiden tersebut, Ahmad Awang berkata, dakwaan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pemimpin dan ahli PAS mengenai siapakah yang dimaksudkannya.

Ahmad juga terkejut dengan tulisan Nik Abduh yang dianggap kasar apabila menyifatkan usaha pembantu Nik Aziz tersebut sebagai satu usaha yang ‘sesat’.

“Saya sendiri terperanjat, Nik Abduh cakap macam itu.

“Satu perkataan… ‘sesat’. Terperanjat juga dia (Nik Abduh) tulis begitu,” kata Ahmad ketika dihubungi Malaysiakini.

nik mohd abduh nik azizDalam blognya itu, Nik Abduh yang juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS pusat, menghentam pembantu-pembantu bapanya yang didakwanya bertanggungjawab menyebabkan Nik Aziz pada mulanya menolak cadangan kerajaan perpaduan itu yang dibuat oleh Abdul Hadi.

Timbul kekeliruan

Nik Abduh menulis: “Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!”.

Mengenai pembantu-pembantu Nik Aziz itu yang dirujuk oleh penulis, Ahmad berkata: “(Oleh kerana) pembantu-pembantu itu disebut secara umum, tidak secara khusus, ia boleh menimbulkan kekeliruan.

“Tetapi sekadar tafsiran, (mereka boleh jadi) orang-orang yang bersama Tok Guru (Nik Aziz) di Kelantan… orang di sekeliling Tok Guru dalam kerajaan (negeri)… exco dan pimpinan parti,” katanya.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau tidak nampak adanya elemen untuk melaga-lagakan Nik Aziz dengan Abdul Hadi tetapi mengakui pada umumnya mereka ada perbezaan pendapat tetapi tidak sampai ke peringkat berlaku ‘pergeseran’.

Maka, katanya, terdapatlah pemimpin PAS yang bersetuju dengan pandangan menteri besar Kelantan itu dan ada pula yang bersetuju dengan pendapat ahli Parlimen Marang itu.

“Bukan disengajakan jadi begitu,” kata Ahmad sambil menambah bahawa beliau difahamkan terdapat pertemuan antara Nik Aziz dan Abdul Hadi berhubung isu kerajaan perpaduan di Kelantan.

Cadangan ditangguhkan

younger nik azizPerbezaan pandangan itu antaranya mungkin disebabkan oleh kepimpinan parti yang lambat menjelaskan isu kerajaan perpaduan kepada Nik Aziz, tambahnya

Menurut Ahmad lagi, pertemuan tersebut berlangsung kira-kira sebulan yang lalu – sebelum hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai.

Selepas pertemuan tersebut, tambahnya, Nik Aziz sudah memahami cadangan yang diusulkan oleh Abdul Hadi itu.

“Tak timbul masalah salah faham tentang kerajaan perpaduan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Nik Abduh itu, Ahmad berkata: “Hanya Nik Abduh sahaja yang boleh memberi penjelasan mengenai perkara tersebut”.

Sabtu lalu, Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS menangguhkan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan kerana ingin menilai terlebih dahulu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.





PAS ‘tolak ansur’, mahu benarkan calon bukan Islam guna lambang Bulan

27 04 2009

PAS mengambil satu lagi langkah ‘bertolak ansur’ dengan mahu membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang parti itu ketika pilihan raya dalam usaha menarik lebih ramai penyokong bukan Islam.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub berkata, cadangan membolehkan calon-calon bukan Islam untuk menggunakan lambang parti itu akan diputuskan secara muktamad oleh Majlis Syura Ulamak yang akan bermesyuarat selepas Muktamar tahunan parti bulan Jun ini.

“Perkara itu (cadangan untuk membenarkan calon bukan Islam menggunakan lambang PAS) telah dibincangkan secara serius dalam mesyuarat bulan Jawatankuasa PAS pusat bulanan minggu lalu.

“Kami (Dewan Pemuda PAS pusat) menyokong penuh keputusan yang telah diputuskan oleh jawatankuasa pusat,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Majlis Syura mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan itu.

Majlis Syura Ulamak PAS dianggotai oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Din dan Abdul Ghani Shamsuddin.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, dalam mesyuarat jawatankuasa pusat itu hampir kesemua sayap parti itu bersepakat untuk bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan itu.

“Ahli-ahli parti juga tidak ada masalah berbangkit dalam hal ini. Mereka memberi sambutan yang hangat terhadap isu ini.

“Mungkin ini masa yang sesuai untuk pucuk pimpinan menimbangkan dengan lebih mendalam mengenainya,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu, buat pertama kalinya PAS membenarkan calon bukan Islam daripada Parti Keadilan Rakyat bertanding di kawasan kerusi ‘milik’ PAS iaitu bahagian Dewan Undangan Negeri Seri Medan, Johor.

Bagaimanapun calon tersebut, Saja @ Mearaj Patani tewas kepada Ahmad Zahri Jamil dari BN dan Umno.

Ditanya adakah perkara tersebut akan mengubah perlembagaan PAS sekali gus membuka keahlian parti itu kepada masyarakat bukan Islam, Salahuddin berkata:”Setakat ini belum ada lagi. Namun kita tidak menolaknya. Kita perlu lihat kepada pendekatan politik semasa.”

“Jika pendekatan itu mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum mungkin ia akan dipertimbangkan,” katanya lagi. – mstar

admin-Terima kasih kerana membawa idea kami





PAS Bukit Bintang Calonkan Nik Aziz Jawatan Presiden

27 04 2009

PAS Bukit Bintang mengejut banyak pihak apabila mencalonkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Presiden parti itu menjelang pemilihan Jun ini. Ini sekaligus telah menimbulkan persepsi kononnya PAS Wilayah menolak kepimpinan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, hingga mencetuskan kontroversi dan perbahasan banyak di dada media baru internet.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang yang baru, ketika dihubungi sebentar tadi, Sdra. Radhi Hashim, mengesahkan PAS Kawasan telah mengadakan Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Kawasan kali pertama sehari selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan itu pada 19 April lalu.

Pada mesyuarat itu, Tok Guru Nik Abdul Aziz dicalonkan untuk kerusi Presiden sementara Mohamad Sabu dicalonkan sebagai Timbalan Presiden menentang Nasaruddin Mat Isa. Sementara tiga calon Naib Presiden yang dinamakan ialah Dato’ Husam Musa, Dato’ Nik Amar Nik Abdullah dan Hanipa Maiden.

Radhi dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Bukit Bintang yang baru setelah Yang Dipertua asal, Haji Azman Johari dicalon dan menang sebagai Pengerusi Tetap. Ekoran itu, beliau terpilih sebagai Yang Dipertua. Sebelum ini, Radhi adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang. – sanggahtoksago.blogspot.com





Husam jadi Timbalan pun sudah bagus

27 04 2009

Walaupun rancangan asal adalah untuk meletakkan YB. Datuk Husam Musa sebagai Presiden nampak agak mustahil kini, namun dengan senarai pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden yang kian banyak, peluang untuk duduk kerusi tertinggi itu cerah.

Pada masa ini Husam menguasai sebahagian besar pencalonan untuk Jawatan Timbalan Presiden di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak. Kini usaha giat ditumpukan bagi memastikan negeri lain seperti Wilayah Persekutuan, Melaka, N.Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perlis menyokong beliau.

Selain itu, peningkatan mendadak YB. Dato’ Seri Nizar dimata ahli pas selepas tragedi rampasan kuasa Perak juga memberikan banyak peluang untuk kumpulan ini melebarkan pengaruhnya.

Nizar bukanlah ahli kumpulan erdogan yang sah, namun kewibawaannya sedikit sebanyak membantu kumpulan ini dan memberikan satu impak yang besar dalam muktamar ini. Oleh itu, kumpulan ini menwarkan beliau untuk kerusi Naib Presiden. Walaupun dianggap muka baru, namun kami yakin dengan keupayaan dan kemampuan beliau.

Sementara itu. Dr. Mujahid pula kini sedang diusahakan bagi mendapat pencalonan untuk merebut kerusi Ketua Pemuda Pas Pusat yang dikosongkan oleh YB Salahuddin. Pada mulanya kumpulan in tidak berminat untuk menguasai Dewan Pemuda. Namun setelah melihat usaha meletakkan Dr. Mujahid untuk bertanding kerusi Naib Presiden agak sukar, maka beliau dilihat lebih kuat untuk menawan Dewan Pemuda.

Pada masa ini Dewan Pemuda juga merupakan kubu kuat kumpulan Pro-Muzakarah. Namun disitu masih ada ruang yang luas memandangkan sokongan kepada calon penganti Ketua Pemuda, Nasaruddin Hassan Tantawi begitu lemah ekoran dari prestasi beliau yang tidak menonjol sebelum ini.

Beliau banyak menghabiskan masa menulis blog dan berbica soal-soal teori berbanding Dr. Mujahid yang turun padang bersama penyokong dan pengundi.

Jadi kami tawarkan calon-calon yang profesional bagi mengantikan kumpulan ulama’ Pas yang lembab dan tidak memahami waqi’ semasa dimana rakyat mahukan pemimpin yang dinamik.